Monday, September 7, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT


Alhamdulillah...
Dengan Izin Allah majlis berbuka puasa dan solat hajat yang telah di anjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG telah berjalan dengan lancarnya.

Majlis tersebut berlangsung di Dewan SMKTP telah menarik ramai penyertaan terutamanya di kalangan para pelajar, ibu bapa dan guru-guru SMKTP.

Para tetamu hadir seawal jam 6.30 petang dan mereka menjamu selera sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Para tetamu dihidangkan dengan Nasi Beryani Gam, kuih muih dan banyak lagi.

Setelah selesai menjamu selera semua tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah yang dan seterusnya majlis bacaan Yasin. Kemudian, semua jemaah menunaikan solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Bakhtiar Fitri.

Setelah selesai solat isyak, majlis diteruskan dengan solat terawikh 8 Rakaat yang diimamkan oleh pelajar Tahfiz dari Makhad Tahfiz Hulu Langat. Solat Terawikh ini di selangi oleh majlis tazkirah yang mantap yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Bakhtiar Fitri.

Solat Hajat untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan ditunaikan secara berjemaah. Majlis kemudiannya menjamu selera sebelum berangkat pulang..

Ucapan Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini..

No comments:

Post a Comment