Tuesday, July 5, 2011

Larian 1 murid 1 sukan SMKTP,,,

Pengetua SMKTP (baju hitam) turut menyertai larian




Senamrobik sebelum memulakan larian



Malam BBQ Pra 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia,,,





Monday, June 27, 2011

Monday, June 20, 2011

LATAR BELAKANG SMK TASEK PERMAI


Nama sekolah ini dipilih berdasarkan nama kampung dimana sekolah ini didirikan.Sekolah ini mula dirancang dan dibina pada tahun 1992. Ia siap dibina pada 01 November 1994 dan mula beroperasi pada 01 Disember 1994. Sekolah ini dibina diatas sebuah cerun bukit yang telah diratakan di kawasan kampung Tasek Permai, Mukim Ampang, Selangor. Kontraktor pembinaan utama ialah Syarikat Pembinaan Tenompok Sdn. Bhd. Pihak berkuasa yang menyelia pembinaan sekolah ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kajang. Tarikh penyerahan bangunan sekolah ialah pada 20 November 1994 dari JKR kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Wakil PPD Hulu Langat ialah Tn. Hj. Hatim bin Mohd Arshad . Bilangan murid pada permulaan sesi pertama persekolahan pada 01 Disember 1994 ialah seramai 802 orang. Bilangan guru pula ialah seramai 39 orang manakala bilangan kakitangan sokongan seramai 2 orang (seorang pembantu tadbir dan seorang lagi PAR). Bilangan kelas pada ketika itu ialah sebanyak 7 buah kelas untuk Tingkatan Peralihan (dari sekolah-sekolah 'Feeder'), 8 kelas untuk Tingkatan 1 dan 6 kelas untuk Tingkatan 2. (Murid Tingkatan 1 dan 2 dipindah masuk dari SMK Taman Kosas)Kemudahan seperti kantin dan kedai buku juga beroperasi buat pertama kalinya pada hari tersebut. Tarikh Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah pada 02 April 1995. Peperiksaan PMR pertama ialah pada tahun 1997 manakala Peperiksaan SPM pertama ialah pada tahun 1998. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Lee Yoke Kum dan telah bersara pada 23 Mei 2001. Pengetua kedua ialah En. Ismail bin Musa dan telah melapor diri pada 01 Julai 2001 dan jumlah guru ketika itu ialah seramai 92 orang dan kakitangan sokongan pula seramai 11 orang. Jumlah murid pula adalah seramai 1785 orang. Sekolah ini telah dinaikkan gred menjadi sekolah Gred A pada 01 Jun 2002.Pada tahun 2005 En Ismail Musa dinaikkan pangkat sbg Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat..Diganti pula oleh Pn.Zaini bt Mohamad zain sehingga 2006..selepas Pn Zaini berpindah ke sekolah lain ia di ganti pula oleh Pn.A-Inah bt Baharom sehingga 2009...pada tahun 2009 Pn.A-Inah berpindah ke smk pandan indah..Bermula dari tahun 2009 sehingga sekarang PENGETUA SMK TASEK PERMAI ialah Pn.Rohaya Bt Sharifin...


PENGETUA-PENGETUA SMK TASEK PERMAI,AMPANG

1-En. Lee Yoke Kum

2-En. Ismail B Musa

3- Pn. zaini Bt Mohamad Zain

4- Pn. A-Inah Bt Baharom

5- Pn. Rohaya Bt Sharifin (SEKARANG)


OLEH : WMK

Friday, June 17, 2011

Anjing Berkeliaran di Kawasan Sekolah


Tampal Menampal Novel Interlok..

Proses penampalan novel Interlok telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Jun 2011
walaupun tidak mendapat sambutan di kalangan guru,namun kerja-kerja penampalan berlaku dengan lancar..




En Shahrin sedang sibuk memberi penerangan

Semua guru sedang tekun menjalankan amanah yang telah diberikan

Di atas kecekapan Pn Sufiah beliau menjadi guru pertama menyiapkan tugasan ini..tahniah..

Thursday, June 16, 2011